Monday, February 6, 2012

hati selembut cotton candy

paling tak jelas dengan makanan satu tu. kenapa dia boleh lembut macam tu? apa bahan dia? apa yang buat dia berbentuk macam tu? tapi entah lah. kadang rasa best makan benda tu sorang sorang. lepas dah kasih habis, baru pening sebab takut gigi rosak. manis sangat. well, sekarang kita takde rindu siapa siapa pun. kira macam okey lahhhh. kalau hari hari rindu pun tak boleh juga. tapi saje nak post benda ni. sebab kalau kita cakap terang terang kita takut ada yang terasa and.... YOU'RE NOT LONGER IN MY FRIEND LIST. kalau dulu time kecil, semua benda cakap direct. even tu menyakitkan hati orang. tapi whatever lah. yang penting orang tu tahu kalau dia tu jahat, hodoh and etc.

tapi sekarang dah besar besar ni. kalau fikir balik. kalau aku cakap direct confirm kurang follower dekat Instagram. hahahaha. lagi lagi kita yang hidup dikelilingi Melayu. tak salah dengan Melayu. tapi salahnya, kebanyakkan Melayu sensitive. hati dia lah. bukan kulit. maybe sebab kita banyak bergaul dengan Melayu kot. tu yang rasa bangsa Melayu lah yang memenangi carta hati paling lembut even kadang gaya macam Stone Cold. sebab biasa dengan bangsa lain, kita tak banyak sangat borak gila gila.

tak salah jadi sensitive. sebab hati orang lain lain. tapi kalau hal remeh nak di sensitive kan. merajuk dua tiga bulan. oh memang awak menepah selangkah untuk saya sepak. tanpa saya sedari, saya maybe sensitive juga. tapi sensitive saya mungkin di tahap yang susah dicapai. sebab saya terlahir dalam keluarga yang mulut kasar. jadi kalau hati lembek memang confirm bunuh diri di pokok toge umur 5 tahun. orang baru maybe akan ingat kitaorang gaduh, padahal memang cara macam tu lah saya dan keluarga saya berkominikasi. kitaorang kasar, bergurau dan menghina satu sama lain even dengan parents. paling banyak kena ayah sebab dia yang paling kuat makan. maybe certain orang takut dengan perangai family kita. tapi kita bersyukur sangat. sebab even kita kasar antara satu sama lain. tapi kitaorang tak boleh pergi JPO kalau ada satu orang yang tak ikut. gaduh gaduh perkara biasa. sejam dah okey. dan dengan keluarga macam ni lah. hati saya kebal. setakat cakap bodoh nak menangis. pleasee lah. kau nak kutuk family aku pun aku tak kesah. dah besar. dah boleh bezakan mana gurau mana tak.

dulu sekolah rendah, kawan kita nama Nadia. kita ingat lagi. dia berambut macam Dora. anak tunggal. dia sensitive. kalau kita cakap sesuatu salah, dia terus merajuk. padahal kita tak tahu apa yang kita cakap. ye, saya kurang pandai time sekolah rendah. lagi lagi dengan bahasa melayu. saya baru pindah dari sarawak, jadi saya fasih melayu sarawak. dengan di rumah pakai bahasa indonesia. so sampai je johor, bercakap dengan orang johor yang boleh dikatakan mengunakan bahasa melayu penuh. rasa macam bodoh. tapi darjah 3 je kita dah tak kawan dia since kita lompat kelas paling atas. dia still stuck kat kelas tengah. HAHAHAHA. padan muka kau !

sekolah rendah lagi. masuk tahfiz. kenal dengan Atikah Hamzah. dia anak ustad. alim gila. tapi sejak kenal kita, dia dah boleh cakap "babi". sedangkan kita sangat tak suka guna binatang tu. paling best kita "anjing" je. dia pun sama, hati tisu. tapi wajarlah. sebab dia dididik dikalangan orang alim. parents dia cakap bukan main lembut. dia selalu merajuk. sebab? kita lupa. tapi ada yang sebab kita tak teman dia makan. alah, benda kecik. dulu time sekolah, kita punya kejahatan tak nampak sangat. belum trainning. tapi biasanya, dia yang minta maaf sendiri. dia kata, dia penat sebab kita tak pandai pujuk. masalahnya kita tak tahu apa salah kita, awak tiba tiba diam. so kita ingat awak sakit gigi ke apa.

pindah menengah. time menegah dekat tahfiz kita tak berapa nak enjoy. so dengan kawan macam macam tu je. since kita malas gila nak ke sekolah time tu. yelah, kawan kawan rapat semua dah pindah. so semangat sekolah hilang. alah, dulu dulu kan kawan macam milo. kasih semangat setiap hari untuk ke sekolah. lepas diaorang takde, kedatangan kita ke sekolah jadi 21/100. what the...

sebab kita cemerlang sangat. bunda pindahkan sekolah. masuk sekolah sama dengan kakak. alamak, kakak kita semua orang suka seh. pelajar baik bagai. dekat SMK SKP,kita jumpa lagi satu kawan yang hati dia macam taik baby kalau sakit perut. JASNI ! dia jenis yang lembut tapi mulut macam cabai. sebetulnya nak tulis cibai tapi kasar sangat. dia sensitive tak habis habis. lagi kelakar. kalau kita layan Micheal (kawan sekelas, sangat rapat) lebih, dia dah merajuk. cakap malas nak keluar sikit, merajuk. padahal mulut dia macam puaka yang suka sakitkan hati orang, dia tak sedar. patut mulut macam tu, hati tough. lepas tu kalau nak baik semula dengan dia. kene pujuk dengan belikan barang barang yang dia nak. dulu, dia pernah minta CD lagu. tapi kita tak belikan pun, kasih dia roti dah okey. oh sorry lah nak kasih kasih barang. kalau kau Afghan takpe juga. sanggup beli rumah untuk pujuk dia.

masuk kolej. lagi kita kenal macam macam perangai. dan macam macam perangai ni lah yang sedikit sebanyak mengajar kita tentang hidup. hidup dikalangan Malaysia pastinya. kalau nak cakap direct kene fikir perasaan dulu. akankah dia menyakitkan hati mereka? merosakkan hubungan kita? kalau setakat benda kecil, baik tak usah diambil pening. lupakan. selamatkan hubungan. sebab menjalin hubungan baik dengan kawan sangat susah. setakat sikap dia yang buat kita terasa (tapi ni hal hal kecil lah), baik maafkan. jangan tegur dia untuk beberapa hari. kalau dah okey, rujuk. tapi kalau hal besar, better talk. ada cara dia. tak payah nak tiba tiba diam. naik status. tapi bila tanya cakap tak ada pape. padahal dah jelas lagi terang status tu untuk kita. itu sangat ke kanak-kanakkan.

dulu kita pun rasa malu nak minta maaf. nak cakap rindu, sayang etc. sebab tak macho. tapi bila dah besar. fikir balik. buat apa rasa nak "macho". baik rasa "murah" sebab selalu cakap sayang dekat orang, baik rasa "jahat" sebab minta maaf selalu dengan orang dari rosak hubungan. bagi kita, sekali kita kenal dia. selama lamanya dia kawan kita. even sejahat apa pun sifat dia. sebab kita yakin, kita lagi jahat dari diaorang. maybe kalau orang tu dah banyak sangat buat salah, kita maafkan dia. tapi lebih menjaga jarak atau berhati-hati. tapi yang namanya remove friend and such memang insyallah tak akan terjadi.

lagi yang buat saya pening. kenapa nak merajuk kalau seseorang itu tak balas msg, tak jawap call tapi boleh rancak berbual dalam facebook? tak respon wall kita, tapi mesra dengan wall wall orang? kalau kita, maybe akan terasa tapi kenapa tak serang depan depan. post jelah : WOI MONYET ! AKU PUNYA MSG TAKNAK BALAS KAN ! kan bagi dia sedar. then dia balas lah. cuba lah positive sikit. tak balas msg maybe takde credit. kalau benda tu penting, kenapa awak tak kirim seringgit ke hp dia untuk dia balas msg awak. dan kalau lah tersangat penting, kenapa awak tak terus call dia dari tunggu balasan dari dia yang buat awak stress? kalau call tak angkat, cuba fikir yang dia dalam tandas ke apa? even jarak miss called dari dia dan panggilan dari awak hanya 3 saat. anything can happen in 3 seconds man ! lagi lagi kalau panggilan alam.

bukan nak nasihat kan awak lah. tapi ini untuk kita juga. hidup ni susah. so once its easy, make it easy. jangan disusahkan. sebab once dia susah. kepala otak pun error dibuatnya. sensitive heart ni boleh di kawal dengan positive thinking. percayalah. perkara yang kecil biasa memberi kesan yang besar. base on experiences, kita selalu postive thinking kenapa dia tak angkat phone. oh maybe dia dalam kelas. then dapat tahu yang dia bukan dalam kelas. malah keluar bejalan. marah. tapi sebab dari awal otak dah kata benda baik. so rasa marah tu macam kurang. tapi cuba kalau dari awal dah pikir bukan bukan. tengok result asli dia mesti dah mengamuk. be positive jelah. and please lah, benda kecil kecil tak payah nak masukkan sangat dalam hati. tarok setakat usus sudah. jadi dia boleh keluar lalu bontot. takyah nak lama sangat.

kalau geram duduk diam diam takpe. ini heboh satu kampung. kita baca macam "padan muka kau". dan kalau awak rasa, hati awak dah tak boleh di update dengan bahan yang lebih keras. better menjauh dengan orang orang yang selalu dan tak pandai nak jaga hati awak. bukan suruh putus hubungan. dosa. tapi jaga jarak. kurangkan bercakap dengan dia. sebab awak tahu resikonya nanti. sebab sama je. memaksakan diri untuk berkawan dengan dia sama je dengan membodohkan diri. sebab orang ingat korang sweet friend tapi hati dalam sakit. update status siap icon :'(

benda paling berharga dalam hidup ni hati. kalau tak pandai jaga. memang tak fun hidup.

7 comments:

  1. kau nak aku cakap apa ni fida? aku dah tak faham bila masuk perenggan keeeeeeeee..... (tgh scroll up)8 kot. sampai situ, ada part mcm kita kita je. bhahahah. just make it easy and let it go. hati macam tisu memang sifat manusia. even orang tu sejahat sekasar mana pun dia, kalau kena ros sekuntum konfem cair! aku baca aku tak fhm apa sangat. aku ketawa baca ada certain part. sebab dengan words2 bodoh kau tu. ok sekian :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hati sekeras apa kalau kene sekuntum bunga tu dalam konteks apa cik Akak.
      Kalau setakat tak balas SMS then merajuk seminggu bukan hati sekeras
      dan sekuntum bunga tapi ke kanak kanakkan.

      Delete
    2. siapa yang tak balas sms seminggu merajuk itu? bagi je lah bunga api yg besi tu.

      Delete
  2. love your blog!
    maybe we can follow each other if you want?:)

    ReplyDelete