kita cerita eh kenapa kita bahagia sangat time kat mantin tu...
kita gerak dari johor selasa malam. banyak bunyi juga lah ayah kita time tu sebab dia ingat kita nak sambut valentine dekat sana. sebab yup, malam tu malam 14 febuari. semua pasal cerita tipu bunda. kita sampai terminal one seremban dalam pukul 9 kalau tak silap. asyraf, siti dan moses yang jemput. then kitaorang ke jusco seremban 2 untuk makan malam. sebab jusco dah hampir tutup, kitaorang terpaksa bedal chicken rice shop sebab itu je yang terima last minute order. yang lain semua dah angkat kerusi. asyraf bagi kita bunga time tu. kita pun tak tahu masa bila dia beli sebab kita pergi supermarket kejap nak beli roti and such untuk sarapan besok. tapi sebab kita lapar sangat, kita marah dia. sebab memang timing salah nak romantic romantic ni. hahaha. okey kita jahat. spoil mood dia terus malam tu.
rabu besok. pagi pagi je kita dah get ready nak ke lobby. tak pernah bangun sepagi ni kalau di johor. urus semua benda dekat HEA. pergi school, jumpa miss shanti. borak dengan dia sekejap then balik rumah terus. malam tu kita minta izin dengan bunda nak pergi airport. nak hantar helfiana dengan zhafiran. after maghrib je kitaorang terus bertolak ke KLIA. sepanjang kita di mantin, geng jalan kita moses, asyraf dengan siti. so kemana mana dengan diaorang. jadi kalau kita mention " kitaorang " tu awak faham faham lah siapa orang nya.
sesampainya di airport. kita perasan girlfriend kita dulu. dia tengah main camera dengan budak kecil. ada ety dia sana. kita peluk dia. oh rindu nya. tak lama kemudian, datang yustika. khairul next, then ada muzakir sekali. kira best juga lah sebab boleh jumpa senior yang lama juga tak jumpa. tapi actually rabu tu jadi indah sebab ada ety. tapi kitaorang tak lama. helfiana dengan zhafiran pergi je. kitaorang dah bersurai. tapi tak pelah, jumpa kejap pun okey. yang penting boleh jumpa even sebetulnya kita tak puas peluk ety tadi. aishh ! oh untuk budak comel helfiana dan zhafiran, baik baik disana ye. tunggu saya insyallah. ecehhh..
khamis esok nya. kita pusing pusing lobby je. rindu zaman sekolah dulu. sekali terserempak dengan ana. ana tu budak rumah ety. peluk dia. auww..tiba tiba teringat time lepak dengan dia di midvalley dulu. kitaorang dating berdua. makan chocolate fondue. dia sambung degree di lagenda. so kita tahu mana nak cari dia kalau rindu nanti. cakap cakap sekejap dengan dia, sekali terjumpa moon budak business.
petang sikit kita terus call boyfriend kita. kita rindu dia. and hari khamis tu pun hari birthday dia. jumpa dia di bu susi. makan dekat sana. then patah balik lobby. lepak dengan dia. oh lupa nak mention nama boyfriend. dia nama atif atau lebih di kenali sebagai pendek. teman pendek pergi school dan ambil sijil bahasa inggeris dia. teman dia jumpa ef dia dan lepak di perpustakaan sekejap. installkan dia whastapp supaya boleh selalu keep in touch. lepas rasa tak ada apa apa lagi, kitaorang pun berpisah. malam tu dia call. auww, sumpah pendek aku rasa kau ganas tapi at some point kau sweet. kita pun sms nana juga. ingat nak jumpa, sekali tak boleh. :(
hari khamis tu juga after jumpa pendek, kita randomly sms tyra. sekali dia balas yang dia ada dekat kolej. kita terus jumpa dia dekat rumah dia. lepak sekejap. update about life dekat dia. first time tengok dia without tudung. cantik ! manis ! macam kue tart nenas. dia tengah sakit. so kita tak nak kacau dia lama lama.
jumat pagi kita bangun awal. terlalu awal untuk record bangun pagi. kita call ribena kurang manis pagi tu, borak pasal sekolah. gerak agak lambat ke KL. dalam jam 11 baru gerak. hari jumat tu kita dah book ana dan zuki untuk teman pergi IDP. IDP tu depan KLCC je. tunggu ana depan 1901. tunggu zuki. lepas anggota dah lengkap. kita terus jalan ke wisma selangor apa entah. ana dan zuki teman kita tanya tanya sekolah dekat IDP.
dari IDP, kitaorang ke KLCC untuk makan. zuki belanja. since dia dah kerja so dia tahu tugas dia. hahahaha. jalan jalan kejap then balik ke tempat masing masing. kita beli baju giordano. sebab tak boleh try, kita bayar jelah sebab ingat memang muat. sekali try dekat rumah, macam pelacur. ketat dan warna dia " nakal " sangat. padahal tadi nampak lawa. terus campak baju tu entah kemana. membazir sumpah.
sabtu. bangun pagi lagi. memang terbaik lah kita kat mantin. pagi terus bangun. bangga bunda kalau dengar. hahahaha. kita pergi lobby ambik transcript dan semua sijil yang kita request rabu lepas. lepas semua kerja settle, kita lepak school. cakap cakap pasal course dengan ibu yola. lembut gila suara dia. time dia explain pasal track architecture field, kita rasa nak tidur. after borak borak dengan ibu yola, balik rumah lagi. sekali asyraf bagitahu yang dia nak beli hadiah untuk farha. dan kitaorang dah plan makan makan dengan farha besok hari ahad dekat mahattan midvalley.
dalam jam 4 petang tu, minta moses dan siti hantar pergi batang benar. pergi lah saya dan asyraf ke midvalley. cari hadiah untuk farha. asyraf dah tahu apa nak beli, so senang sikit. kita tak tahu apa nak bagi farha. kita bukan rapat sangat dengan farha. cakap pun jarang. kita pun terkejut dia boleh invite kita makan makan. dia whatsapp kita. mana dapat number kita pun kita tak tahu. pusing punya pusing, jumpa pun yang kita rasa sesuai untuk dijadikan hadiah farha. makan, shopping, solat. saya dan asyraf pun balik. luckily, KTM tak pack walaupun hari sabtu malam minggu. so sampai mantin cepat juga lah.
ahad. tak sepagi hari hari lepas. semalam agak penat so bangun agak siang. bangun terus bersiap untuk ke midvalley. di midvalley kita jumpa dengan farha. diaorang dah tunggu dah dekat mahattan fish market. ada aca, sha, bob, farah, anas dan lain lain disitu. kita kenal lah sebab diaorang ex budak lagenda. cuma kita jarang cakap dengan diaorang. hai hai bye bye je. 10 menit lepas duduk. ribena kurang manis dan kawan dia pika datang. rindu dia tiba tiba. dia ajak keluar kejap. nak cakap sesuatu privacy. kita peluk dia. tapi dia kurus. so kita tak puas peluk dia. hahaha. teman dia dan pika makan dekat burger king. dia nak cakap something privacy. lepas dah. back to mahattan. sekali depan pintu ada yang lambai. macam kenal. ya Allah ! sharifah maisara. ex jiran kita dulu dekat taman megah ria. dah lama plan nak jumpa dia. tapi sebab dia duduk melaka sekarang, so agak susah nak schedule timing. hampir semua family dia kita kenal. so nak tak nak kene duduk semeja dengan diaorang. banyak borak dengan emak dia dari dia. emak dia fun. macam anak muda. siap minta ambilkan gambar dengan kita sebab nak update dekat facebook. oh my aunty lily, you're so funny. tak sampai 5 menit. iphone dah bunyi. SUNNY DROP LILLY POSTED ON YOUR WALL. buka. sekali gambar tadi. cepat gila. hahahahaha.
farha whatsapp yang makanan dah nak habis. so terpaksa balik ke meja asal. datang meja je, makanan memang dah nak habis. tapi kita tak kesah since kita memang tak makan benda benda macam tu. dalam pukul 3, lepas puas makan cake yang super comel sebab dia gambar nyan nyan cake. farha special tempah sebab asyraf minat nyan nyan cake. cuteeee. sweeeettt gilaaa ! majlis pun tamat. semua balik. sebelum balik kita minta asyraf teman makan dekat belanga. i really need nasi. perut dah kasih signal nak mengamuk.
malam ahad tu kita terus balik johor. rasa macam tak nak balik sebab dah penat tapi bunda paksa so balik jelah. sebab dapat ticket lambat, kita minta sara untuk jemput. thanks sara. sorry susahkan kau. so tamaaaattt ! cerita habis. kita dah sampai johor dahhhh.
maybe cerita agak boring lah. maybe tak fun yang awak awak bayangkan sebab kita tak kemana pun di mantin hari tu. paling pun midvalley. biasa sangat tempat tu. tapi yang buat kita happy sebenarnya sebab kita boleh jumpa kawan kawan kita even sekejap. even tak lebih dari 7 jam. tapi atleast kita jumpa banyak orang yang kita rindui sangat. sampai terjumpa sharifah maisara tu part paling best. sebab unexpected betul. rasa berbaloi sangat balik mantin hari tu.
tapi kita rasa sedih juga sebab tak boleh jumpa budak chubby kesayangan saya, asrul naim. dia plan nak jumpa sabtu dekat kolej. tapi dia buzy. so batal. ergghh ! tension sekejap. tapi kita faham. orang dah kerja timing lain sangat dengan kita yang tak buat apa apa ni. even jumpa zuki hari tu pun tak lama sebab pukul 5 petang dia ada meeting. dan ada lagi satu orang yang kita betul betul nak jumpa sekarang sekarang ni. sheena. kita nak jumpa dia sangat. rindu dengan baby qaleshaa. mesti makin gemuk. erggghh ! ngammmm. hari hari tengok gambar dia dalam facebook, sakit tangan sebab hentak hentak meja. geram sangat tengok muka bulat dia. nanti lah one day, kita nak plan ke sabah dengan ety. jumpa qaleshaa. semoga qaleshaa dah 40kg time tu. hahahahaha.
No comments:
Post a Comment